Resensi Buku : Melawan
Lupa.
Tajuk : Melawan Agenda
Pelupaan.
Sebaik
sahaja membaca judul buku ini, pasti membuatkan pembaca tertanya – tanya.
Apa itu Melawan Lupa? Perlawanan yang bagaimana yang sedang
diperjuangkan? Dan apa kaitan lupa dalam perlawanan?
Tajuk
buku ini sendiri telah menarik minat khalayak untuk menggali makna “Melawan
Lupa”. Ringkasnya buku ini mengangkat sejarah yang berupa tragedy hitam sewaktu
1965. Ia bukanlah untuk menabur garam di luka lama tetapi
menceritakan bagaimana generasi kini merawat ingatan mereka dari sejarah
awalnya. Sejarah merupakan kebudayaan yang dicitrakan dan disimulasikan dengan
penuh pesona dan kebaikan demi menutup masa lalu yang
penuh rona dan pergolakan.
Dengan
tertubuhnya Komuniti Taman 65, ia banyak membincangkan isi keperitan mangsa
serta kesan psikologi yang dialami oleh mangsa dan keluarga yang
terlibat. Sampai saat ini banyak pertanyaan belum terjawab misalnya apakah
memang benar Gerakan 30 September 1965 itu didalangi oleh PKI, sehingga
dalam buku – buku sejarah sekolah masih dikenal dengan G30/S – PKI atau
sebenarnya kejadian ini adalah konspirasi besar yang melibatkan Negara – Negara
adidaya (kuasa besar) dengan mengunakan tangan Soeharto dan angkatan
darat untuk ‘menerbitkan’ Indonesia yang sedang mengambil haluan
kiri. Namun, G30/S, dengan PKI atau tanpa PKI di belakangnya, tetaplah
menyisahkan sejarah kelam bangsa ini yang ditulis dengan darah ratusan ribu
orang dan saat ini permintaan maaf dari negara terhadap korban pun belum juga
terucap.
Pada
titik inilah, anak – anak muda sekitar Denpasar berkumpul dan
membentuk Komunitas Taman 65. Sebagai wadah untuk belajar alternatif terutama
mencuba mencari kepingan – kepingan sejarah peristiwa 1965 yang tercicir
dan tersejarah oleh kuasa.
Komuniti
Taman 65 ini juga digelar sebagai pasukan menunggu sore (PNS). Petang merupakan
waktu di mana para kelas pekerja mengembalikan keceriaannya melalui kerja
budaya setelah seharian bergelut dengan rutin kerja. Kerja– kerja budayalah
yang menjadikan manusia seutuhnya kerana budaya merupakan ruang ekspresif serta
menjadi ruang interaksi satu sama lain tanpa keterasingan. Hal ini jelas sekali
berbeza dengan kerja produksi yang harus dilakukan dari pagi hari di mana
seorang manusia berperanan menjadi robot kerana perhubungan dengan orang lain,
dibangunkan atas dasar hubungan produksi – pengedaran – penggunaan.
Dalam
penyajiannya, buku ini tidaklah bersifat akademik. Cara tutur yang jujur,
mengalir apa adanya, merupakan pengaruh dari gaya bercerita ala kesiman, sebuah
nama tempat di Denpasar Timur. Banyak di antaranya menggunakan kata ganti nama
orang pertama (aku, penulis, saya) lengkap pula dengan ekspresi emosi memberi
kesan bahawa pembaca seolah – olah mendengar cerita lisan dan mengambil posisi
tanpa jarak dengan penulisnya.
Buku
ini termasuk dalam tema besar iaitu, dalam tema ‘kesejarahan’ berisi
tulisan – tulisan yang bercerita tentang sejarah, mengenai apa yang terjadi
pada tahun 1965, hingga dampak dari peristiwa tersebut terhadap keluarga dan
komuniti. Pada bab “Dinamika komunitas” tulisan – tulisan tentang pengalaman,
cara pandang dan refleksinya terhadap komunitas Taman 65. Dalam bab ‘Pergulatan
Nilai’ tulisan – tulisan yang dibuat umumnya bertemakan beberapa nilai, idea
atau pemikiran yang seringkali menjadi bahan diskusi di antara penggiat Taman
65.
Buku
ini pada dasarnya menceritakan tentang sebuah harapan. Harapan pasti selalu ada
di hadapan.
Ia
tidak berhenti dengan bersungut – sungut dan menyesali kejadian masa lalu,
malah tidak sama sekali meninggalkannya. Jangan lupakan masa lalu kerana kita
tidak akan punya masa depan.
Dalam
era serba moden ini generasi muda terutamanya, semakin hari semakin tandus
dalam mengamati sejarah yang berlegar dalam kehidupan hariannya. Malah mereka
memikirkan sejarah ini sebuah bebanan. ‘Tidak perlu diungkit – ungkit perkara
yang lalu’ begitulah pandangan generasi masa kini. Jika anda bertemu dengan
kolompok begini bimbinglah mereka agar mereka tidak terus melupakan apa yang
telah terjadi.
Selesai
membaca buku ‘Melawan Lupa’ ini tentu akan mengingatkan pembaca akan tragedy –
tragedy hitam yang berlaku di Malaysia yang makin dilupai malah tidak tertulis
dalam buku sejarah di sekolah. Antaranya ialah peristiwa Memali yang terjadi di
Baling Kedah. Kisah para pejuang yang tidak diangkat malah dituduh sebagai
pengkhianat iaitu Mat Indera. Begitu juga para pejuang yang menentang
penaklukan British seperti Tuan Guru Hassan Bin Munas atau dikenali sebagai Tok
Janggut (1915) dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong (1922 – 1928) di Tanah
Melayu. Malangnya bagi kita generasi baru, walaupun kejayaan menentang
penjajahan adalah kerana kegigihan ulama dan pendokongnya tetapi buah kemanisan
kejayaan kemerdekaan telah dipetik oleh golongan secular kanan yang telah dibentuk
dan dididik dalam rangka acuan pemikiran penjajahan. Golongan sekular kanan
berpendidikan Barat inilah yang telah mengisi kemerdekaan dengan sistem dan
nilai – nilai yang ditinggalkan oleh penjajah. Mereka mencedok dengan penuh
bangga kemajuan ‘material’ Barat yang kosong.
Mengambil
contoh lain, di mana konspirasi pelupaan ini telah berlaku sekitar tahun 1254
lagi di mana ketika itu zaman kegemilangan Islam. Seperti yang kita tahu
hospital pertama didirikan oleh orang Islam.
Sarjana
perubatan Islam Parsi merupakan pelopor dalam pembinaan hospital tersebut.
Malah nama hospital berkenaan diambil sempena perkataan Parsi. Sebelum ini
pengamal perubatan tidak mempunyai tempat yang khusus untuk merawat pesakit.
Namun pembukaan hospital Bimaristan merupakan kemuncak pengembangan ilmu
perubatan di dunia dan puncak ketamadunan ilmu sarjana timur zaman
pertengahan.
Beberapa
tahun selepas penubuhannya, Bimaristan telah menjadi sebuah universiti yang
banyak melahirkan pakar perubatan.
Rahsia
keilmuan ini kemudiannya terbongkar sewaktu perang salib kedua sekitar tahun
1254 – 1260. Ketika itu, Raja Louis IX melihat kehebatan orang Islam merawat
dan menyembuhkan penyakit termasuklah ilmu pembedahan dan penyembuhan luka.
Keadaan itu membuatkan beliau terfikir akan sesuatu. Beliau beranggapan walau
sebesar mana pun angkatan perang tentera salib, mereka tidak mungkin akan
menang.
Sewaktu
dalam perjalanan pulang dari peperangan , Raja Louis IX berkata, “Kita tidak
boleh kalahkan mereka dengan peperangan selagi kita tidak lupakan sejarah
kehebatan mereka”.
Lalu
bertanya seorang pembesar Perancis kepada beliau tentang bagaimana harus mereka
pesongkan sejarah kehebatan mereka sedangkan kita tidak tahu apa yang mereka
tahu. Lalu Raja Louis berkata, ‘kitalah orang yang akan menulis sejarah untuk
mereka’.
Selepas
sampai di Perancis, Lois IX mengarahkan sebuah hospital dibina di paris.
Hospital ini bernama Quinze – Vingts. Dipercayai, inilah permulaan New World
Order (NWO) di dunia. Zaman pencerahan Eropah sebenarnya rancangan penulisan
sejarah untuk dipercayai orang-orang Islam supaya mereka lupa tentang diri
mereka.
Sejarah
merupakan satu cabang ilmu yang mempunyai peranan sangat penting terutamanya
bagi kita yang berbilang keturunan. Pengetahuan tentang sejarah membolehkan
kita mengenal pasti latar belakang sesebuah masalah, tindakan atau sesuatu isu.
Dengan itu dapat kita jadikan sebagai garis panduan untuk menghadapi sebarang
kemungkinan.
Sejarah
merupakan guru yang dapat mengelakkan kita dari mengulangi kesilapan. Ia memberi
taulan dan menunjukkan batasan. Kajian sejarah mendorong kita mencari kebenaran
dan bersikap kritis. Selain itu ia juga turut membangkitkan perasaan
bangga terhadap negara.
Malahan
sejarah adalah satu alat yang penting untuk mencipta keperibadian kebangsaan.
Apa
yang dapat disimpulkan di sini ialah, sejarah itu tidak wajar pandang pada
hitam dan putih kerana sejarah ialah merakaman rentetan peristiwa sebenar (real)
tanpa dinodai oleh mana-mana pihak terutamanya tangan – tangan penguasa mahupun
badan politik yang ingin menjaga kepentingan sendiri. Jika hal ini berlaku maka
ia harus ditentang kerana pekara ini telah mencabuli kebenaran yang mutlak.
Pencabulan beginilah yang harus dibendung kerana ia merupakan salah satu agenda
pelupaan yang di ciptakan oleh tangan – tangan yang tidak
bertanggungjawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan