Komentar Sekolah
Penulisan
Siri 2 : Cerpen Arian
Ploso (Dasar Ketuanan Melayu)
Secara ringkasnya
cerpen berbentuk monolog ini yang diterajui watak utama oleh Kami sebagai antagonis
dan watak Tuan sebagai protagonis. Biarpun begitu kedua-dua watak ini boleh
menjadi sebaliknya, kerana cerpen ini bersifat monolog, atau lebih tepat lagi
bersifat luahan.
Watak
‘Kami’ telah menjalankan satu rundingan dan membuat beberapa analisa mengenai
watak ‘Tuan’ dalam analiasa pertama watak ‘Kami’ memperlihatkan dalam
perbincangan mereka bahawa watak ‘Tuan’ ini sering bermimpi menjadi orang yang
kaya, atau menyentuh apa sahaja akan menjadi emas. Dari segi simboliknya
berbuat apa sahaja akan menjadi. Malangnya ia hanyalah satu mimpi dan Hakikat
sebenarnya watak ‘Tuan’ hanyalah seorang
tukang cuci.
Mungkin
dari sudut lain pula ini merupakan satu sindiran pada kepada masyarakat melayu
yang memperakui ketuanan melayu. Dengan sumber asasi yang mencukupi mereka
tidak perlu berkerja keras untuk mendapatkan semua itu kerana telah tersedia
untuk mereka. Seperti bidalan orang Melayu “tidak perlu berbuat apa-apa hanya
mencuci kaki sahaja” yan merujuk semua kelangkapan telah tersedia di dalam
rumah hanya perlu masuk ke dalam dan menikmati apa yang telah tersedia.
Pada
perengan kedua dan ketiga penulis menyentuh cara watak ‘Tuan’ dalam menjalankan
kegiatan ekonomi. Apa yang di perjelasankan disini adalah sistem ekonomi kini
masih kurang jelas, tiada matlamat dan hala tuju yang nyata, ia lebih kepada
bersifat individual (kapitalisme). Dalam erti kata lain ia bersifat menjaga
kepentingan diri dari kepentingan masyarakat. Penganalisa watak ‘Kami’
menganggap hal ini tidak wajar berlaku dan ia menperdayakan orang yang kaya
terus kaya dan orang yang miskin akan kekal miskin. Ini diperkuatkan lagi dalam
analisa watak ‘kami’ yang membongkar kegiatan korupsi yang berleluasan dalam
sistem pemerintahan mahupun apa yang berkaitan dalam apa-apa hal yang menyentuh
keperihalan sosial. Individul yang layak tidak mendapat hak yang sepatutnya
malahan orang yang tidak layak pula mendapat hak yang bukan milik mereka, hal ini merujuk
kepada etika dalam dalam menjalankan sistem pentadbiran itu sendiri.
Pada
perengan keempat karangan berbentuk monolog ini secara sinisnya memperlihatakan
budaya kemanjaan yang disemai oleh organisasi pentadbiran sehinggakan kelompok
yang menganggap diri mereka sebagai tuan tanah ini menjadi malas dan tidak
bersikap agrasif dalam menjalankan persaingan pembentukan ekonomi ini kerana
dalam kebanyakan perihal mereka tidak perlu bimbang kerana semuanya telah
tersedia untuk mereka dari segi sistem pembelajaran dan pelaburan. Sehingga
sampai satu tahap watak ‘kami’ ini menganggap bahawa kelompok ketuanan ini
akhirannya tidak dapat berdiri dengan kaki sendiri jika tangan yang menyuap
mereka selama ini telah kudung atau hilang dari muka bumi ini. Sikap keterlaluan
bergantungan kepada sesuatu sumber itu telah melemahkan daya saing dalam
hakikat naturalnya.
Dua
perengan terakhir penulis merujuk kepada tampuk pemerintahan beraja yang sudah
hilang fungsinya pada zaman kolanial dahulu peranan Sultan atau raja telah
diambil ambil alih residen, dan mereka hanya berkuasa dari segi hukum adat dan
agama sahaja. Berbalik pada zaman sekarang peranan sultan dan raja itu sudah
tidak menggerakkan apa-apa peranan, dari segi agama dan adat resam sultan atau
raja sendiri yang telah mencemarkan peranan yang dimainkan mereka sendiri. Kini
yang memainkan atau menggerakan peranan agama atau adat istiadat itu adalah
peranan para agamawan, dalam konteks lain para agawan pula boleh dibeli malah
turut terlibat dalam konspirasi demi menjaga kepentingan tertentu.
Apa
yang dapat disimpulkan disini bentuk cerpen yang reka pada struktur monolog
ini, adalah satu kajian kognitif melalui pengamatan dan pengalaman hidup.
Selain itu ia juga terdapat juga elemen-elemen sindiran yang diterapkan melalui
bahasa yang mudah. Karya bergini bersifat telus tanpa menyembunyi matlamat yang
hendak disampaikan.